Ahad, 1 November 2009

Mendisiplinkan murid di masjid

Dicadangkan masjid mengadakan hubungan dengan pihak sekolah dan membuat satu program bersama sekolah berkenaan. Dalam program tersebut pihak sekolah dengan rasmi memperkenalkan murid kepada Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid.

Kemudian pihak masjid akan menerangkan program yang dirancang untuk murid tersebut sepertai program hari ahad, dan sebagainya.

Murid boleh diprogram secara mentor menti, pemantauan kumpulan, penetapan lokasi tempat duduk dan sebagainya.

Cadangan Nazir Masjid Jamek At-Taqwa Kampung Sungai Tengi Kanan Darat, Tanjong Karang, Selangor.

Masjid kami telah membuka akaun wakaf khas untuk pembangunan prasarana dan pembangunan fizikal lain. Kami mengharap sangat kepada sumbangan anda untuk berbuat demikian. Semoga usaha anda berwakaf kelak akan dapat kami bengunkan sebuah masjid baru lengkap dengan segala kemudahan yang bertaraf 7 bintang. hendaknya.

Akaun kami Bank Islam Malaysia, 1208 3010 0225 09

Ahad, 27 September 2009

Jamuan hari raya

Masjid Jame' At-Taqwa, Kampung Sungai Tengi Kanan Darat, Tanjong Karang, Selangor, Malaysia, telah berjaya menganjurkan majlis jamuan sempena Hari Raya Idul Fitri pada hari Jumaat 6 Syawal 1430 bersamaan 25 September 2009. Majlis berlangsung sebaik sahaja solat Jumaat. Para tetamu dihidangkan dengan nasi minyak turki, daging lembu masak kari, ayam masak merah dan acar.

-

Majlis ini dilangsungkan sebagai salah satu aktiviti Hari Raya dan berharap ia akan dapat diteruskan buat masa akan datang, bergantung kepada sumbangan dan peruntukan. Majlis kali ini menggunakan peruntukan khas dari Kerajaan Negeri Selangor dan Agro Bank. Ini kerana ketika penyampaian sumbangan tersebut difahamkan untuk kegunaan program Ramadhan dan Hari Raya. Demikian Penjelasan Mohd Asmawi Ahmad Samidi, Nazir Masjid berkenaan.


-

Agak mendukacitakan, majlis yang terbuka itu hanya dihadiri oleh anak-anak tempatan yang bermastautin di sini. Sebahagian besar hadirin memilih untuk meninggalkan majlis tersebut kerana beranggapan majlis tersebut untuk anak tempatan. Mereka segan untuk menghadirinya.

-

Sebenarnya hari yang dipilih itu adalah tepat dan sememangnya bertujuan untuk menjamu semua tetamu kampung yang tinggal di kampung ini untuk tempoh majlis ini berjalan. Bukan hanya untuk anak tempatan.

-

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin, demikian Nazir mengakhiri ucapannya.

-

Isnin, 21 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Jawatankuasa kariah dan pegawai masjid, Masjid Jamek At-Taqwa mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung blog ini. Semoga kehadiran anda ke sini bukan hanya sekali ini. Selepas ini blog ini akan sentiasa memaparkan berita dan pengentahun untuk anda semua. Selamat Hari Raya.

Biar kulit segelap almond london, asalkah hati sesuci kuih bangkit, biar iman sekental dodol, jangan senipis rempeyek, biar jiwa selembut baulu, asalkan akhlak secantik biskut dahlia, senyumlah semanis wajik, biar wajah segarang harimau asal kata seindah selembut nyanyian burung, agar hari raya disambut dengan lebih bermakna, maaf zahir batin.